-->
P L A Y G R O U N D

Pages

  • Home
  • ♥ saya i me

Isteri kurus kunci keluarga bahagia



Kajian dapati lelaki puas hati jika pasangan jaga badan

TENNESSEE: Kajian selama empat tahun terhadap 169 pasangan yang baru berkahwin mendapati golongan suami berpuas hati pada awalnya, manakala golongan isteri akan lebih puas dari masa ke semasa apabila mereka mempunyai indeks jisim badan lebih rendah, merujuk kepada lemak badan. 
Hasil kajian terbabit disiarkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science bagi bulan ini. 
“Wanita dalam masyarakat sekarang menghadapi banyak tekanan untuk memiliki badan kecil, sesuatu yang jarang dimiliki,” kata Andrea Meltzer, seorang calon profesor di Universiti Tennessee yang juga ketua penyelidikan itu.“Mesej utama kajian kami adalah wanita sebarang saiz gembira dengan hubungan mereka dengan pasangan yang secocok. Ia berat relatif bukannya mutlak. Ini bukan bermakna mereka perlu menjadi lebih kecil.”Bagaimana berat relatif memberi kesan kepada perkahwinan tidak jelas, tetapi Meltzer mempunyai teori.“Satu pandangan ialah daya tarikan dan berat adalah lebih penting bagi lelaki. Ia mungkin sebab mengapa kita lihat ia wujud pada awal perkahwinan kepada si suami, dan suasana bahagia bagi isteri terjejas apabila suami mereka mula merasa tidak puas hati dalam hal itu selepas beberapa lama.” Hasil kajian itu masih boleh dipegang walaupun apabila ada unsur tekanan lain terhadap perkahwinan seperti kemurungan dan tahap pendapatan, diketepikan. Pada masa sama, berat relatif bukan satu-satunya faktor yang menjejaskan kepuasan dalam perkahwinan, kata Meltzer.“Jelas sekali banyak perkara bermain dalam kepuasan hubungan dan ini satu daripadanya. Ia bukan satu jaminan untuk menjadi gembira dalam sesebuah hubungan,” tegasnya.“Lelaki dan wanita cenderung untuk gembira dalam sesuatu hubungan apabila lelaki terbabit lebih berkuasa dalam cara yang lebih lembut,” kata Susan Heitler, pakar terapi pasangan di Denver dan penulis PowerOfTwoMarriage.com.“Berita baiknya ada pelbagai dimensi yang melambangkan kuasa lelaki,” katanya sambil merujuk kepada aspek ketinggian, berat badan, pendapatan, kecerdikan, tahap pendidikan, personaliti, malah senyuman lebar, kesemuanya memainkan peranan,” katanya.Kesan perkahwinan terhadap berat badan dan begitu juga sebaliknya, adalah rumit untuk diperjelaskan.Bagi wanita, rasa tidak puas hati selalunya boleh menyebabkan pertambahan berat badan – satu keadaan bahawa kedua-dua pasangan berasa tidak selesa bercakap mengenai. – 

Agensi AgensiSumber: Berita Harian Online 


Posted by Su[E]yDA

2 comments:

  1. haziqaJuly 27, 2011 at 3:42 PM

    ouhh yeke ? nice info ~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Su[E]yDAJuly 28, 2011 at 12:13 AM

    kan2?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Labels

'H' (10) 'S' (18) anime (4) cinta (4) contest (14) education (8) event (3) food (7) Islam (8) needs (7) pendapat (3) peribadi (39) recipe (2) tutorial (2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

۩۩ siLA LIKE ۩۩

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
SITI SUHAIDA JAMSURI a.k.a SuE. lahir pada 08 November 1992 di Hospital Bersalin Universiti. married dengan anak dua orang. currently living at Sepang. suka berjalan2 dan cuci mata. suka makanan dan minuman yang manis dan buat kueh, kek, etc.. bekas pelajar SK & SMK Bukit Jalil dan SK & SMK Kuartes KLIA.

◕‿◕ ARChiVe ◕‿◕

  • Diploma in TESL - MSU
  • Contest Jom Cover Mulut
  • ta taw malu ke sial?
  • ERAMAN@LCCT DEPARTURE
  • badut o badut

BLOGGER TERBAEKK!

  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
  • Petua Kecantikan Secara Semulajadi
  • kisah si tupai
  • zoey zau yah ska-ska hati
  • MEmorialISme_HOPE with Heartstrings

Banner Mereka

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

SHOPAHOLIC

create your own banner at mybannermaker.com!kiki luv cheap and cute things'Createcreate your own banner at mybannermaker.com!Neyhan CreativePhotobucket

Contest

Contest
Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.