Bila korang menghadapi kecurangan, apa bende pertama yang terlintas kat kepala korang? mesti banyak tanda soal ngn seru an? Nie sue nk cakap ttg curang nie. korang pelik kan kenapa seseorang itu mesti tak puas dgn apa yg dia ada. Mesti nk lebih. Macam orang tambah lauk plak. TAMAK oii....!!! Tapi kita bukan nk cerita pasal makanan. Kita nk cerita pasal pakwe/makwe yang curang n tak serik2 walaupun dah kantoi berjuta2 kali. Sue bukan nk tunjuk pandai. Ini sekadar pendapat, nk bg suntikan semangat kat korang2 yg tgh atau belum menghadapi sumer ujian cinta nie. Sue cakap dr segi pengalaman k.
Perkara pertama korang patut buat bila korang dapat taw pasangan korang curang, nie untuk yg sure2 kompom, muktamad diorang betul2 curang adalah bukan MARAH. Korang kene sabar dulu. Nie klu kes korang sayang pasangan korang sangat2 atau sudah 'terikat' dengan si curang tuh. Tarik nafas, amik masa supaya korang tenang bila menghadapi sumer nie. Tak perlu bazir air mata dulu. Bila korang dah tenang, cari punca kecurangan itu sendiri, mana taw dia curang sebab korang sendiri? Mungkin ade sesuatu kat korang yg buat dia rimas atau menyampah bila bersama. Jadi perbaiki kelemahan itu. INGAT! JANGAN MARAH TAK TENTU HALA CAM ORANG HILANG AKAL LAK. Wat malu jer. Tapi, kalau sebab kecurangan itu bukan atas diri kita, bukan maksud korang boleh marah memekik. Kawal. Mungkin air muka dah masam mencuka, tapi korang kene sabar. Sue pown sabar walaupun muka dah terbalik tak payah cerita. Haha. Kalau korang sayangkan dia dan rasa dia lah jodoh korang, korang bincang ngn dia. Tapi, kalau kes curang nie dah berlarutan sampai bincang pown dah tak guna, buang air liur jer. Tinggalksn jer lah. Buang masa dan tenaga.
Nie untuk kes yg dah kene ikat ngn mak bapak, bertunang atau dah kawen. Kes curang mmg kes paling peymes kot? Asal curang nk cerai. Ish3. Dalam kes nie, kalau nk pertahankan hubungan yang seksa merana tuh, kunci nya hanya bersabar dan bersabar. Takde kata kunci lain. Korang kuatkan jiwa dan raga korang dengan sabar, solat, dan berdoa. Siapa kita nk balas. Tapi kalau korang jenis yg tak nak kalah, salah satu cara adalah korang cuba singkirkan pihak ketiga tuh dengan cara lembut dulu. Cara lembut nie bukan sekali dua jer korang kene buat. Buat sampai tahap korang rase orang ketiga tuh mmg jenis yg tak paham bahasa, mmg tahap budak xde adap sumer tuh, baru lah guna cara kasar. Kasar cmne tuh sukati korang lah.
Tapi bila korang dah berjaya singkirkan pihak ketiga tuh, (berkali2), tapi masih wujud pihak tuh tak kira pihak itu oran yg sama atau orang berlainan atau terdapat phak yg lebih. Maksudnya ade lagi spare tayar yg pasangan kita simpan, nk bawak bincang, apa cara tu sumer dah tak berhasil. Bukan bermaksud korang biarkan saja. Korang bersabar dan cuba cara lain pulak. Misalnya, penuhi segala kehendaknya bia dia rase dia dihargai atau sebaliknya. Tengok pada situasi dan jenis pasangan jugak. Tapi kalau cara nie tak berhasil, dan korang rase korang dah buat segalanya sampai terasa penat lelah, rehat lah. Rilekskan pale otak korang dengan beriadah. Lupakan dia buat sementara. Bukan abaikan tapi ketepikan dia sementara korang rase tak senang. Bukan maksud korang tak layan dia, tak borak ngn dia. Cuma dikurangkan sedikit dari biasa. Tapi cara nie jangan buat lama2. Nanti makin kemaruk masalah tuh.
Bila korang dah rasa tenang, dan masalah nie masih berlarutan, korang cuba lagi cara2 yg sue dah sebut. Bawak bincang. Cakap lah ketidak puasan hati korang kat dia. Mana lah taw dia tergerak hati. Janga lupa, Berdoa lah kat Allah, minta bantuan dari Dia. Masalah nie bukan sekejap, malah masalah nir boleh berlarutan hingga bertahun lamanya. Jadi korang bersabar lah. Ade setengah orang mmg tak bersyukur bila dia antara sedar atau tidak bahawa kita sayang dia dari hujung rambut sampai hujung kaki, korang bersabar aje dan jangan putus asa taw. Walau sesakit mana hati korang, korang kene ingat yg Tuhan masih sayangkan kita, dan Dia jugak akan balas segala kepahitan yang telah korang alami. Sabar ye..
No comments:
Post a Comment