Salam semua. Lama dah tak update. Maaf lah, sini susah nk men tnet. Broadband nyer ade, tp laptop nye pulak yang tiada. Baiklah, kebelakangan nie Sue bace buku keluaran Alaf21, tajuk buku 'ADUHAI SUAMI'. Buku nie menarik minat Sue sebab kita sebagai wanita, mesti nk tau kerenah suami atau insan nama nya lelaki kan? So this is what this book is about. Korang klu terjumpa buku nie kat kedai, beli lah. Tak rugi pown. Malah rasa berbaloi sebab dalam nie bukan takat cakap pasal lelaki, ada lah sikit2 hal perempuan jugak. Bila baca memang gedebukk sekali kene. Hehe.
Mengikut tajuk entry nie, Sue nak retype balek email yang dihantar di dalam buku nie. Kalau korang bace, korang kene hayati betul2 sebab apa yang di tulis ini adalah kisah benar (mungkin tidak, tapi ada benar nya.) Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa lelaki adalah makhluk yang misteri kerana tidak ramai suami yang sanggup berterus terang dengan isteeri masing2 (macam suami Sue jugak.) tentang apa yang mereka mahukan dalam hidup mereka sama ada dalam segi layanan yang mereka mahukan tak kira dimana dan juga dalam aspek2 lain yang berkaitan dengan penampilan seperti pakaian, mekap dan sebagainya.
Bagi suami isteri yang bekerja, terutama si isteri, melakukan segalanya pada tahap yang dirasakan perlu dan menyiapkan diri dengan apa yang dirasakan mencukupi seperti setelah penat bekerja dan mnyiapkan segala keperluan suami dan anak2, si isteri sudah tentu tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab melayan kehendak suami kerana sudah menyediakan keperluan apatah lagi dengan penampilan sendiri kerana segala wang sudah diserah kepada keluarga 120% dan merasakan itu sudah mencukupi. Ditambah lagi dengan si suami yang dalam keadaan misteri yang kurang berterus terang jika ada yang tidak puas hati tentang si isteri telah membuat si isteri beranggapan bahawa dia telah mekukan tanggungjawab nya dengan baik sekali. Ini adalah luahan si isteri yang sudah beanggapan begitu selama bertahun lamanya.
"Saya berusia 30-an dan punya tiga orang anak. Penampilan saya, boleh dikategorikan biasa, tidak terlalu cantik dan tidak terlalu hodoh. Saya aksekutif di sebuah firma di ibu kota.
Sebagai isteri bekerja, sebahagian pendapatn saya peruntukkan untuk ansuran rumah dan kereta. Bayaran anak2 di pusat asuhan juga saya yang tanggung setiap bulan. Saya lakukan semua ini dengan ikhlas hati memandangkan pendapatan suami adalah tidak seberapa malah gaji saya sendiri melebihi darinya.
Apabila sendiri tak pernah komplen apa2, saya anggap diri saya sudah cukup memuaskan hatinya. Tambahan pula, rumah tangga kami boleh dikategorikan sebagai bahagia. Kami jarang2 sekali bergaduh!
Sebagai isteri, syay mengabdikan diri seluruhnya kepada rumah tangga. Walaupun bekerja, keutamaan saya adalah kepada keluarga. Sebelum pergi kerja, saya bangun awal setiap pagi untuk siapkan sarapan untuk suami dan anak2. Walaupun ala kadar, tapi suami tidak pernah komplen.
Selepas itu, saaya pandu sendiri ke pejabat. Di sebelah petang, penat lelah bagaikan tak terasa, selepas menjemput anak2, saya menyiapkan makan malam dan kerja rumah seperti mengangkat kain basuhan dan sebagainya, suami yang biasanya pulan leawt petang, sekadar tengok2 sahaja. Jarang sekali dia manghulur tangan untuk membantu. Itu pun pada saya sudah tidak menjadi masalah!
Waktu malam di rumah biasanya kami lalui dengan biasa2 sahaja. Suami sekadar menarik, memeluk dan mencium apabila dia 'perlukan' saya. Dalam keadaan biasa atau di luar bilik, dia hampir tidak pernah berbuat begitu.
Jiwa saya kadangkala meronta2 mahu dibelai sedemikain rupa, yang pada sya itulah petunjuk kasih sayangdan cinta sebenar yang bukan dilakukan semata2 atas kehendak seksual.
Tapi baru2 ini, langit bgaikan menghempap batu jemala saya apabila saya mendapat tahu. suami(sekarang bekas) rupa2nya ada menyimpan perempuan lain. Saya juga mendapat tahu bahawa hubungan mereka sudah sampai ke kamar tidur!
Saya beranikan diri untuk bertanya sendiri kepada suami kerana sesungguhnya apa yang berlaku sungguh saya tak duga dan tak mudah untuk saya percaya. Mulanya dia tidak mengaku namun apabila saya tunjukkan bukti, mahu tak mahu, dia terpaksa mengaku!
Kata suami, saya memamg tidak kurang apa2. Saya telah menjaga makan minumnya dengan sempurna, bahkan saya juga banyak membantu dalam menguruskan kewangan rumah tangga. Tapi apa yang paling mengejutkan saya apabila dia berkata, hanya setakat itu sajalah dia melihat saya. Saya tak punya apa2 untuk membuat dia berasa teransang apabila kami bersama.
Sebaliknya, kata suami, dia sebenarnya memerlukan wanita yang lebih cantik, lebih seksi, bijak menjaga penampilan, pandai bergaya, yang wangi, berkuku cantik, berperut nipis, dan sebagainya hingga berupaya menimbulkan rasa cemburu leaki lain terhadap dirinya.
Dan kata suami lagi, ciri2 itu memang ada pada kekasihnya tapi tidak pada saya. Apabila lelaki lain cemburu melihat mereka, itulah yang paling membuatnya berasa bangga dan berharga. Dan semua itu tidak pernah dirasainya sepanjang dia bersama saya!
Saya pula kata suami, walaupun tidak hodoh tapi saya tidak pandai menjaga penampilan diri. Bau badan saya pun kurang enak dan tidak mampu membuat dirinya berasa mahu mendekati saya. Maklumlah setelah sehari suntuk bertudung litup dan setelah pulang ke rumah. tergesa2 pula masuk ke dapur, saya memang tak punya cukup masa untuk membelai rambut apatah lagi seluruh tubuh badan.
Kuku pula, memang kontot2, bahkan ada yang rosak kerana sering membuat kerja2 kasar di dapur. Ini semua kerana saya fikir adalah lebih baik wang yang ada, saya belanjakn untuk keluarga daripada membeli itu ini semata2 untuk menjaga body. Di rumah pula, saya lebih selesa mengenakan t-shirt dan berkain batik sahaja kerana asalnya saya aalah dari kampung dan tidak betah untuk berpakaian seksi walaupun untuk suami keran berpakaian seperti itu seperti menjadi contoh yang tidak bik kepada anak2 yang sedang membesar.
Urusan harian saya hanyalah bersilih ganti antara pejabat dan rumah, memang tidak banyak mendedahkan saya kepada perkembangan semasa. Kerana itu, tatkala berbual dengan suami, topik kami biasanya hanat tertumpu pada hal anak2 di sekolah dan taska dan kadangkala sedikit2 tentang hal kerja.
Tanpa saya sedar, rupa2nya setelah lebih sepuluh tahun berumah tangga, apa yang selama ini saya sangka betul itu rupa2nya menyebabkan suami saya berasa teramat2 bosan pada saya! Saya sesungguhnya tidak berupaya menyaingi kekasihnya yang menurut suami, boleh bercakap tentang apa saja isu semasa baik hal politik, korporat, karier, fesyen terkini, sukan dan sebagainya. Daripada si dia itulah, kata suami, dia semakin mengenali dunia yang ternayata amat menarik berbanding kehidupan dulu yang terkepung seperti 'katak di bawah tempurung'. Bersama wanita itu, katanya, hidupnya semakin ceria dan dia berasa dirinya seorang lelaki yang bergaya dan berjaya.
Mendengar kata2 suami, saya akur bahawa apa yang diluahnya itu sememangnya adalah kenyataan. Saya mengaku, selama ini, saya kurang membelek diri kerana tersilap jangka bahawa suami sudah cukup berpuas hati dan bahagia dengan apa yang ada pada diri saya. Walaupun sekarang saya hidup seorang diri dengan hanya ditemani anak2, apa yang berlaku ternyata menambahkan lagi kefahaman saya tentang hati budi seorang lelaki yang sememangnya misteri.
Sebagai seorang isteri dan pemerhati, Sue mengakui apa yang diluahkan wanita di atas ada kebenaannya dan menimpa ramai isteri2 di luar sana. Selepas Sue membaca, Sue sendiri mengambil hal ini serius kerana Sue juga kurang memberi perhatian pada penampilan dan kadang2 suami. Jadi setelah membaca, Sue mulai berubah dan menukar penampilan Sue dan alhamdulillah, ada lah sikit perubahn walaupun sikit. Tapi Sue percaya lama2 Sue akan kecapi kebahagiaan Sue. Amin. Korang jangan amik ringan dengan sifat diam lelaki taw! Sebab Sue pown same. Hehehe.
No comments:
Post a Comment