Sue tak taw nak bagi tajuk apa untuk entry nie. Mungkin sesuai, mungkin tidak. Tapi Sue nak terangkan pendapat Sue tentang orang2 bujang yang sedang bercinta. Pada mula nya mereka tertarik dengan seseorang, terus ke niat ingin berkenalan. Bila dah berkenalan, mula minat untuk mengenali hati budi masing2. Bila dah kenal hati budi masing2 mula membuat kesimpulan dengan bagaimana nak melayan seseorang itu. Ada yang terus terjatuh ke alam percintaan. Maka mula drama berlaku.
Sue memandang pasangan2 yang manja2 kat tempat awam. Bagi Sue benda2 tu dah biasa dah. Tapi melalui pengalaman, ketika berpasangan, memang manis2 belaka kenangan nya. Mungkin nasib seseorang itu akan mengecapi kebahagiaan apabila pasangan yang bersama adalah seorang yang jujur dan bertanggungjawab. Tiada tipu helah dan segala muslihat. Bagi yang dapat orang seperti tu Sue ucapkan tahniah sangat2. Korang bertemu dengan jodoh yang baik. Tapi bagi mereka yang dapat pasangan yang kurang baik nya. Sue perlu ingatkan, tak kira lelaki atau perempuan, jika korang sangat sayangkan dia dan tak dapat tinggalkan dia, maka korang perlu membuat persediaan dari segi mental, batin, dan fizikal kerana bahawa mereka akan menyakiti diri korang tak kira masa. Percayalah dan korang takkan dapat berbuat apa2 kerana sayang.
Walaupun kita yang mangsa ini mampu bersabar dan ingat pada Yang Maha Esa, tetapi kita nie hanyalah manusia yang lemah akalnya jika tidak iman. Kita mungkin akan meletup pada bila2 masa kerana ketika kita sedang lemah kerana perasaan hampa, sedih, dan sebaginya, makhluk dipanggil syaitan mula dan selalu cuba menyesati kita. Bila mereka berjaya, situasi seperti curang, cerai, dan segala yang tak elok akan berlaku. Walaupun apabila kita masih ada kewarasan tentang salah dan silap segala situasi yang bakal dilakukan, tetapi, oleh kerana perasaan yang begitu sedih dan kecewa, apa pun sanggup dan lupakan pembalasan akhirat. Mulalah kejadian dimana seorang itu melakukan dosa dan syaitan meloncat kegembiraan kerana sudah berjaya menyesatkan kaum Adam.
Jadi pada Sue, walaupun orang tua selalu cakap, kenallah hati budi seseorang itu sebelum memilihnya menjadi pasangan hidup dan Sue tak nafikan benda itu salah, tapi pada pendapat Sue, hati budi sesorang itu tidak akan kelihatan sehinggalah sudah tinggal di bawah bumbung yang sama selama beberapa bulan. BUKAN HARI ATAU JAM. Ketika itulah kita sedar dan nampak hati budi sebenar orang itu. Sebab itu, ketika berpasangan, bila pasangan sudah memperkenalkan kita dengan ibu bapa mereka, jangan lepaskan peluang untuk bertanya perangai pasangan korang. Juga jangan lepaskan peluang kalau bakal mak mertua suruh tidur rumah. Cuma korang kene pandai jaga diri masing2 jer.
Jika korang sumer yakin dengan pasangan korang, maka teruskanlah. Sue bukan nak suruh korang bergaduh dan mula berdrama, tapi korang mestilah selalu berhati2 dan kekal tabah. Berdoalah yang jodoh korang adalah orang yang baik2 kerana manusia bukan semua yang baik.

No comments:
Post a Comment